“ARGH!!!!!!! Hantu!!!! Aku menjerit sekuat hati apabila bayang-bayng seorang lembaga yang besar berada di belakang aku. Rupanya itu ialah ayah aku. “ Apa kau buat ini Naufal ? Pagi-pagi lagi dah menjerit macam monyet ! kau baru balik daripada zoo ke apa ? “ aku hanya tersengih sambil memandang ayah aku seraya berkata “ Heheheh. Mane ada orang balik dari zoo ayah. Orang terkejut tengok lembaga mana yang ada dekat belakang tadi, ingatkan hantu rupanya ayah.” Hanya tersengih melihat gelagat aku pada pagi ini. Setelah ambil ubat gigi tersebut, aku segera ke bilik air lalu membersihkan diri dan seterusnya bersolat subuh.
Setelah bersolat yang kurang khusyuk, aku turun ke bawah untuk bersarapan bersama keluarga aku. Aku melihat adik aku, Nazhan yang berumur 5 tahun itu cuba untuk duduk di atas kerusi dengan rasa baik hati aku menolong adik duduk dia atas kerusi. “ Eh, Eh kenapa abang baik sangat hari ini?” pelik. “ kenapa Nazhan cakap abang macam itu. Abang kan sentiasa baik.” Nazhan mencebik “ Baikla sangat “. Setelah selesai bersarapan aku bersalaman dengan iu dan ayah aku sebelum pergi ke sekolah.
Dengan hati yang sangat gembira aku berjalan dengan langkah yang besar. Aku berharap dengan langkah yang besar, aku dapat mempercepatkan perjalanan aku ke sekolah . Sambil meyanyikan sebuah lagu yang agak rancak, tiba-tiba… dari belakang aku kedengaran satu suara seperti memanggil nama aku “Naufal!!Naufal!! Tunggu!!!”..
Aku pusing kebelakang lalu melihat seorang lelaki yang agak rendah fizikalnya sambil berlari dengan beg sandangnya yang labuh mengejar jejak langkah aku, itulah Ikmal kawan baik aku di sekolah rendah sampai sekarang. Aku dan ikmal belajar di kelas yang sama iaitu 5 objektif dan pada tahun ini aku akan mengambil SPM ( Sijil Pelajaran Malaysia ). Rumah Ikmal terletak sedikit belakang dari rumah aku. Aku berhenti seketika untuk menunggu Ikmal. “kenapa lari-lari ini?”
Dengan nada yang masih tercunggap-cunggap Ikmal menjawab “Kenapa kamu keluar awal sangat? Selalunya masa aku tiba di depan rumah kau, baru kau keluar. Ini tidak, bila aku sampai mak kau bagitau aku yang kau dah pergi sekolah. Mak kau ingat kau pergi rumah aku. Apa kes kau ini Naufal?”
Aku tertawa kecil “ Hahahaha…entahla tapi hari ini aku rasa macam nak pergi sekolah awal, macam ada yang menunggu aku dekat sana . Macam ada sesuatu yang akan berlaku akan berlaku.”
“ Sesuatu. Wakakak!kau berangan ke apa ini bukan mimpi ini realiti. Ini mesti pasal surat semalam kan ? Apa yang dia tulis?” Ikmal bersungguh-sungguh bertanya.
Aku tersenyuman dengan manis sambil menjawab “Adalah…” Kejadian yang meninggalkan seribu sejarah di dalam hidup aku itu, hanya di ketahui oleh Ikmal seorang. Tetapi Ikmal tidak tahu isi kandungan surat itu. Dalam hati aku berkata “ Ya..hanya saya seorang sahaja yang tahu isi surat itu”.
Ikmal tidak puas hati kerana tidak mendapat jawapan yang di nanti-nantikan . “ Tak apalah kalau kau tak nak bagitau sekarang tapi lambat laun nanti aku akan tau juga.”
“Dah lah jomlah ke sekolah, nanti lambat tak pasal-pasal nama kita kena masuk buku rekod datang lewat. Aku tak nak. “ aku dan Ikmal meneruskan lagi perjalanan kami ke sekolah.
No comments:
Post a Comment