Sunday, August 22, 2010

The scarf girl Part2-Credit to Aida:D


ASSALAMUALAIKUM… AWAK APA KHABAR NAUFAL? SIHAT? SAYA SIHAT ALHAMDULILAH. MESTI AWAK PELIK KENAPA SAYA BAGI SURAT INI KEPADA AWAK KAN? SEBENARNYA SAYA NAK BERKENALAN DENGAN AWAK. TAPI SAYA MALU NAK BAGITAU SAPE SAYA, JADI SAYA MINTA MAAF. TAPI KALAU AWAK NAK TAHU SAYA SEKOLAH SAMA DENGAN AWAK-SMKBHTO2.
SAYA HARAP AWAK TAK SALAH FAHAM MAKSUD SAYA. SAYA CUMA NAK BERKENALAN DENGAN AWAK SAHAJA TAK LEBIH DARIPADA ITU. LAGI SATU, NANTI DEKAT SEKOLAH SAYA AKAN CARI AWAK TAPI AWAK JANGAN CARI SAYA OK!
                                                                                    ASSALAMMUALAIKUM,
                                                                                    Daripada Scarf Girl



Aku hanya boleh tersenyum setelah membaca isi surat itu. Pada aku hari ini ialah hari yang paling bahagia bagi aku selama 18 tahun aku hidup. Mendapat surat daripada seorang gadis. Lagipun surat itu bukan calang-calang punya surat, surat cinta yang hanya diberikan kepada aku. Malam itu, aku tak sabar untuk menanti hari esok tiba. Aku tidak dapat melelapkan mata kerana aku hanya terbayangkan apa yang aku harus lakukan dan katakan bila aku sudah bertemu dengannya. Aku hendak segera pergi ke sekolah. Aku ingin pergi ke sekolah dan bertemu dengan dia. Tetapi, siapa dia kalau aku hanya tahu dia sebagai “SCARF GIRL?”

No comments:

Post a Comment